Tuesday, July 30, 2013

Percubaan UPSR 2013

Kepada semua murid Tahun 6 selamat menduduki peperiksaan percubaan UPSR 2013.

Sunday, July 28, 2013

Pemeriksaan Khas LINUS 2.0

Hari ini sekolah telah dikunjungi oleh pegawai Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti dan rombongan. Kedatangan mereka bagi melakukan pemeriksaan khas LINUS 2.0.



Wednesday, July 24, 2013

Tadarus Al-Quran 1434 H

Sempena bulan Ramadhan 1434 H , Panitia Pendidikan Islam SK Kedai Tanjong menganjurkan satu program Tadarus Al-Quran khas kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Tadarus ini diadakan di Dewan Terbuka pada waktu rehat sepanjang bulan ini.

Monday, July 15, 2013

Lawatan Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia







Hari ini SK Kedai Tanjong dikunjungi oleh DR. NA’IMAH BINTI ISHAK,Pengarah Peperiksaan,Lembaga Peperiksaan,Kementerian Pelajaran Malaysia dan rombongan. Melalui lawatan ini beliau menegaskan bahawa PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek  kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning.
PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat(PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Friday, July 5, 2013

Perkhemahan Kokurikulum 2013

Perkhemahan ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu mulai 4 Julai hingga 6 Julai bertempat di padang sekolah . Perkhemahan ini melibatkan pasukan Pengakap, PBSM, KRS dan Puteri Islam.