Monday, November 17, 2014

Taklimat peningkatan Band dan SKPM 2014

Hari ini dijalankan taklimat peningkatan band dan SKPM oleh Tn Hj Wan Ismail B.  Wan Daud Penolong Pengarah Sektor Jaminan Kualiti , JPN negeri Kelantan . Taklimat ini diharap dapat membantu sekolah dan guru-guru memahami aspek-aspek peningkatan band dan SKPM.

Thursday, February 27, 2014

Mesyuarat PIBG Bil 34

Hari ini berlangsungnya mesyuarat agung PIBG Bil 34. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Datuk Abdullah B Mat Yasim Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang .

Monday, February 24, 2014

Majlis Dialog Prestasi Zon Kedai Tanjong

Bertempat di bilik gerakan wawasan Sk Kedai Tanjong berlangsungnya majlis dialog prestasi bagi sekolah - sekolah zon Kedai Tanjong. Majlis ini diketuai Timbalan PPD Pasir Mas bagi pihak PPD Pasir Mas dan Guru Besar masing-masing bagi pihak sekolah.

Wednesday, January 1, 2014

Pendaftaran murid Tahun 1 dan Pra sekolah

Hari ini berlangsungnya pendaftaran murid Tahun 1 dan Pra sekolah. Murid Tahun 1 ini akan didedahkan melalui minggu orientasi dan guru penyayang selama tiga minggu.