Showing posts with label PBS. Show all posts
Showing posts with label PBS. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

Taklimat LINUS, KSSR dan PBS

Taklimat ini disampaikan oleh PK Pentadbiran dan Tuan Guru Besar Cemerlang.

Monday, July 15, 2013

Lawatan Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia







Hari ini SK Kedai Tanjong dikunjungi oleh DR. NA’IMAH BINTI ISHAK,Pengarah Peperiksaan,Lembaga Peperiksaan,Kementerian Pelajaran Malaysia dan rombongan. Melalui lawatan ini beliau menegaskan bahawa PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek  kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning.
PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat(PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik(PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Monday, April 1, 2013

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS )

Minggu ini sekolah menerima dua orang guru pelatih dari IPGM kampus Kota Bharu. Mereka terdiri daripada Ahmad Tajul Arisy Bin Mat Nor dan Muhammad Aideed Bin Mohammad opsyen pendidikan Islam ( SK ) PISMP Sem 1 yang menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ).